SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat memperkenalkan elaun sara hidup (Cola) kepada sektor swasta seperti yang digesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) adalah langkah yang sesuai pada masa sekarang untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.
A worldwide virtual community of workers, union members, leaders and activists coming together in support of ALL labor.
▼
Saturday, January 11, 2014
MALAYSIA>>Kos sara hidup meningkat, pusat kaunseling hutang jadi tumpuan
Sepasang suami isteri berusia dalam 30-an bersama anak kecil mereka menanti dengan sabar di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dengan harapan mereka akan mendapat jawapan kepada masalah kewangan yang menyebabkan mereka tidak lena tidur sejak beberapa bulan lalu.
Johan, yang bekerja dalam bidang IT dan Diana (bukan nama sebenar mereka) mengambil keputusan untuk hadir di pusat kaunseling AKPK di Kuala Lumpur selepas mendapati diri mereka berada dalam kemelut hutang yang serius.