A worldwide virtual community of workers, union members, leaders and activists coming together in support of ALL labor.
▼
Sunday, May 31, 2015
ILO:::104th Session of the International Labour Conference, 1- 13 June 2015
Worker, employer and government delegates from the ILO's 185 member States will tackle a wide range of issues, including the transition from the informal to the formal economy, small and medium-sized enterprises and decent and productive employment creation, social protection (labour protection), the application of international labour standards, and programme and budget proposals for 2016-17.
MALAYSIA:::NUTP kesal dikenakan cukai berganda
KUALA LUMPUR 30 Mei – Lebih 100,000 ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terbeban dengan cukai berganda dikenakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) dan syarikat insurans, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Beliau berkata, selain cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus, ahli-ahli kesatuan tersebut turut terpaksa membayar caj perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan terhadap mereka.
Katanya, bayaran berkenaan tidak sepatutnya dikenakan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak berasaskan keuntungan seperti NUTP.
“Setiap ahli telah dikenakan caj perkhidmatan untuk setiap potongan yuran melalui potongan gaji yang diuruskan Angkasa, ia sudah memadai tetapi pihak Angkasa tetap mengenakan lagi GST ke atas perkhidmatan yang sama.
“Itu tidak termasuk dengan GST yang dikenakan oleh syarikat insurans, jadi kadar GST yang perlu dibayar oleh setiap ahli NUTP adalah dua kali ganda iaitu 12 peratus,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi berkata, satu perjumpaan telah dibuat dengan pihak Angkasa bulan lalu bagi membincangkan soal GST yang dikenakan tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang hasil.
“Semua sedia maklum tentang GST akan dikenakan terhadap ahli yang membeli pelbagai jenis produk yang dilindungi insurans tetapi masalah mula timbul apabila kadar bayaran yang perlu dibuat adalah berganda.
“Sepatutnya mereka membantu semua ahli NUTP tetapi sebaliknya mereka membebankan ahli yang begitu ramai. Pihak Angkasa mengenakan faedah (cukai) dan syarikat insurans juga mengenakan faedah (cukai), jadi ia menjadi satu angka yang besar,” katanya.